Tuesday, August 23, 2011

Kelantan guna facebook dekati perantau


Majlis Hari Raya Perantau: 2 Syawal, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa bermula jam 7 petang. dianjurkan Urusetia Penerangan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan)
KOTA BHARU, 16 Ogos: Kerajaan Kelantan memanfaatkan kemudahan dunia siber bagi mengumpulkan anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Kalau sebelum ini surat dan kad jemputan dihantar, namun mulai tahun ini facebook yang paling diminati anak muda dimanfaatkan sepenuhnya.
Anda boleh melayari facebook.com/rayaperantau atau rossem bagi mendapatkan maklumat mengenai Majlis Mesra Aidilfitri pemimpin kerajaan negeri bersama anak-anak perantau.
Program itu akan diadakan pada 2 Syawal ini bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa bermula jam 7 petang.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri memanfaatkan kemudahan facebook yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia ICT bagi memaklumkan program berkenaan.
“Kalau sebelum ini kita menghantar kad atau surat jemputan bagi memaklumkan program berkenaan, namun mulai tahun ini kita beralih kepada facebook.
“Facebook ternyata lebih berkesan kerana sudah menjadi trend sekarang ramai orang memiliki akaun facebook bagi mengetahui perkembangan semasa,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama media dan warga Urusetia Penerangan di sebuah restoran malam tadi.
Hadir sama wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina yang berpusat di Kota Bharu dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Drs Zainuddin Awang Hamat.
Majlis Mesra Aidilfitri tahun ini bermula dengan solat Maghrib, jamuan, persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan negeri.
Majlis berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan).
Perakan semasa di bawah kepimpinan Allahyarham Mohamad Radzi Yusof berjaya didaftar sebagai sebuah pertubuhan sah. Selepas dilulus pendaftaran Perakan mengadakan mesyuarat agung pertama pada 1 Ogos 2010.
Perakan sebenarnya lahir hampir 20 tahun lalu pada peringkat awal diketuai Che Ariffin Mahmood, seorang ahli perniagaan.
Pada akhir Syaaban lalu kerajaan negeri dan Perakan juga menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.
Dr Fadzli juga berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi akan memastikan hampir 70 peratus liputan internet di Kelantan dalam masa terdekat ini.
”Syarikat tersebut akan menyediakan kemudahan tersebut bagi membolehkan kawasan liputan internet lebih luas sehingga ke kawasan pedalaman,” ujarnya.

Sunday, September 19, 2010

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR
Persembahan Tahniah
Ke hadapan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
D.K., S.P.M.K.
Sempena Perlantikan dan Pemasyhuran Sebagai
Sultan Dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim
Serta Jajahan Takluknya
Yang Merafak Sembah dan Junjung Kasih
Daripada
Presiden dan Seluruh Jawatankuasa induk, Cawangan dan Ahli  Perakan Malayisa

Royalti Petroleum & Gas Kelantan – Ulasan Al-Jazeera

Thursday, September 16, 2010

MB rai 2000 anak Kelantan Perantauan


KOTA BHARU,12 Sept: Kerajaan Kelantan sentiasa menghargai sokongan anak Kelantan di Perantauan terhadap pemerintahan PAS negeri itu yang kini memasuki tahun ke dua puluh, kata Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, beliau terharu dengan sokongan padu anak Kelantan yang menggambarkan rakyat negeri ini tidak mudah ditipu oleh musuh politik yang sering membawa berita palsu terhadap pentadbiran negeri ini.

“Saya amat bangga kerana setiap kali pilihanraya umum diadakan, anak Kelantan di luar akan pulang untuk membantu PAS dan dapat memberi kemenangan besar dan Alhamdulillah sehingga kini sudah memasuki tahun ke20” ujar beliau juga.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meraikan anak Kelantan di Perantauan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan( PERAKAN) malam tadi.

Sebelum itu, ketika menyampaikan amanat kepada orang ramai yang hadir memenuhi Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre (KTC), beliau berkata perjuangan yang dibawa oleh kepimpinan ulama di Kelantan sudah melakukan banyak perubahan.

“Sudah banyak perubahan kita laksanakan dan setiap yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat negeri ini dan ia sentiasa berasaskan Islam serta amalan berbaik baik dengan bukan Islam adalah satu cara kita tadbir negeri ini,” katanya lagi.

Program tahunan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr.Muhammad Fadzli Hassan, Exco negeri,Wakil-wakil Rakyat serta Presiden Perakan Mohamad Radzi Yusof.

Malam tersebut juga turut menyaksikan lelongan gambar " Wajah-wajah Tuan Guru" dan mendapat pembida tertinggi dengan nilaian RM1500 yang dibeli oleh anak Kelantan yang bertugas di Perak

Monday, September 13, 2010

majlis-mesra-aidil-fitri

Petikan blog kak chik: http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/09/majlis-mesra-aidil-fitri-perakan.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kepada teman-teman yang bertanya pasal gambar-gambar yang kakchik ambil semasa menghadiri program di atas, maafkan kakchik kerana terlambat beberapa hari. Bila badan kurang sihat, banyak perkara yang menjadi lambat untuk bertindak-balas termasuklah proses nak upload gambar.

Pada malam 12 Sept. lepas, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) telah menganjurkan makan malam ala-ala rumah terbuka di Ballroom Kelantan Trade Centre, KB.
Sebenarnya setiap tahun program sebegini diadakan bagi mengeratkan hubungan negeri dengan anak-anak Kelantan yang merantau atau menetap di luar Kelantan. Biasanya perjumpaan besar-besaran ni diadakan sempena hari raya aidilfitri kerana waktu inilah ramai yang balik ke Kelantan.

Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang kakchik ambil sebelum kamera kakchik habis bateri.


Pendaftaran.


Para YB yang hadir.


Mendaftarkan diri dan keluarga untuk dapatkan no cabutan bertuah dan goodie bag.


Urusetia berbaju hijau menyambut kedatangan YB Mejar Anizam.


Suasana di depan pintu masuk.


Menyerah borang pendaftaran selepas diisi maklumat terkini. Tahun depan senang nak jemput.


Sebahagian hamper untuk cabutan bertuah.


Hidangan nasi kerabu di atas meja VIP.


Majlis amat santai sekali. Sambil makan sambil dengar dikir barat, nasyid, sajak dan celoteh juruacara.


Yang bernasib baik dapat tempat duduk. Ramai yang dok atas lantai je.


Dari jauh kakchik nampak Tok Guru.


Gambar kami hasil tangan Topeng Perak Unmasked. Terima kasih TPU.


YB EXCO Pertanian, segak berbaju Melayu.


3 orang imam terawikh dari Mesir yang masih berada di Kelantan turut dijemput ke majlis ini.


Pendaftaran selesai agak lewat kerana ramainya yang datang. Sambutan sangat hebat.

Cukuplah kakchik katakan majlis itu berjaya mengumpulkan hampir 3 ribu orang anak-anak Kelantan. Syabas pihak penganjur! Mungkin tahun depan kena buat di stadium la kot hehe. Barulah ramai yang dapat duduk atas kerusi.

Wassalam.