Petikan blog kak chik: http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/09/majlis-mesra-aidil-fitri-perakan.html
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kepada teman-teman yang bertanya pasal gambar-gambar yang kakchik ambil semasa menghadiri program di atas, maafkan kakchik kerana terlambat beberapa hari. Bila badan kurang sihat, banyak perkara yang menjadi lambat untuk bertindak-balas termasuklah proses nak upload gambar.
Pada malam 12 Sept. lepas, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) telah menganjurkan makan malam ala-ala rumah terbuka di Ballroom Kelantan Trade Centre, KB.
Sebenarnya setiap tahun program sebegini diadakan bagi mengeratkan hubungan negeri dengan anak-anak Kelantan yang merantau atau menetap di luar Kelantan. Biasanya perjumpaan besar-besaran ni diadakan sempena hari raya aidilfitri kerana waktu inilah ramai yang balik ke Kelantan.
Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang kakchik ambil sebelum kamera kakchik habis bateri.
Pendaftaran. |
Para YB yang hadir. |
Mendaftarkan diri dan keluarga untuk dapatkan no cabutan bertuah dan goodie bag. |
Urusetia berbaju hijau menyambut kedatangan YB Mejar Anizam. |
Suasana di depan pintu masuk. |
Menyerah borang pendaftaran selepas diisi maklumat terkini. Tahun depan senang nak jemput. |
Sebahagian hamper untuk cabutan bertuah. |
Hidangan nasi kerabu di atas meja VIP. |
Majlis amat santai sekali. Sambil makan sambil dengar dikir barat, nasyid, sajak dan celoteh juruacara. |
Yang bernasib baik dapat tempat duduk. Ramai yang dok atas lantai je. |
Dari jauh kakchik nampak Tok Guru. |
![]() |
Gambar kami hasil tangan Topeng Perak Unmasked. Terima kasih TPU. |
YB EXCO Pertanian, segak berbaju Melayu. |
3 orang imam terawikh dari Mesir yang masih berada di Kelantan turut dijemput ke majlis ini. |
Pendaftaran selesai agak lewat kerana ramainya yang datang. Sambutan sangat hebat. |
Cukuplah kakchik katakan majlis itu berjaya mengumpulkan hampir 3 ribu orang anak-anak Kelantan. Syabas pihak penganjur! Mungkin tahun depan kena buat di stadium la kot hehe. Barulah ramai yang dapat duduk atas kerusi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment